Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah dapat merasa praktikal di Lembaga Tabung Haji. Jadi, ini adalah sedikit perkongsian hari pertama intern di Lembaga Tabung Haji. Pada 27 November 2017 (Isnin), aku telah melaporkan diri di Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk praktikal disana. Aku akan berada disini selama 4 bulan 15 hari iaitu dari 27 November 2017 hingga 13 April 2018. Harini adalah hari kelima aku bekerja disini. Aku student dari Politeknik Sultan Idris Shah dan mengambil jurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi (Pengaturcaraan).
Pada hari pertama, aku dan rakan2 intern yang lain berjumpa dengan Puan Maimunah di lantai 23 iaitu di Bahagian Sumber Manusia. Puan Maimunah memberi sepatah dua kata dan nasihat kepada pelajar2 intern yg akan praktikal di Tabung Haji mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh politeknik. Selepas itu, kami dipecahkan ke bahagian2 yang tertentu. Aku ditempakan di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi di lantai 12 dan 13. Waktu kerja disini adalah dari pukul 8 pg hingga 5 ptg. Waktu rehat pula pada pukul 1 hingga 2 ptg (Isnin-Khamis) dan 12:15 tghr hingga 2:45 ptg (Jumaat).
Pada mulanya memang ada rasa perasaan takut kerana ini adalah kali pertama bekerja di company yang besar seperti Lembaga Tabung Haji. Tapi lepas dah beberapa jam tu semuanya okay. Kita dapat menyusaikan diri disini, menimba ilmu baru, pengalaman yang baru dan dapat kenal orang/rakan2 baru. Yelah kan, pengalaman seperti ini susah nak dapat di mana mana.
Pada hari pertama juga kami telah mendaftar 'Thumb Print' untuk kehadiran dan juga untuk keluar dan masuk pejabat. Setelah itu, kami juga telah mendaftar kad/pas khas untuk semua staff Tabung Haji.Staff di sini juga amat baik, peramah dan tidak sombong. Mereka amat suka membantu jika kami inginkan bantuan. Setakat ini sahaja perkongsian yang penting bagi sesiapa yang akan intern di Tabung haji. InshaAllah. Sekian, terima kasih.